Sabtu lepas, 15 Nov 2008 aku & family gi jalan2 tenangkan fikiran kat KLCC. Cadangan yang pertama nk p zoo. Kami memilih utk ke tempat yg tidak memerlukan kos yg tinggi. Maybe ke zoo utk lain kali.
Tasnim seronok sangat dapat main air, walaupun dia masih kecik lagi…dia ni jenis yg tak takut air.. main2 dlm air..sambil melompat2 sambil dipegang oleh papa.. kalau mama yang pegang, sah2 mama yang jatuh dlm air..fuh..aku sempat rakam tasnim main dlm air.. gambar2nye x leh nak upload lagi, sbb pendrive tu x leh buka pulak.. nnti la esok2 aku masukkan ke dlm fs ni.
Pada Ahad 16 Nov 2008, aku x puas lagi jalan2…kitorang memilih untuk ke Melaka..sebenarnya aku baru balik dr Melaka last month..ade seminar kat sana, tp aku nk la p dgn family pulak…kitorang bertolak pun dlm kul 1pm dah..tp, ok lah just nice, dalam kul 5pm dah bertolak balik ke umah kat bukit mahkota, perjalanan ke Melaka mengambil masa dalam 1 jam lebih ajer.. x jauh sgt..tp, dah start musim cuti sekolah punyala ramai orang..nak parking kete pun susah..tp kitorang bernsaib baik sbb dpt juga parking..
Sebenarnya nk singgah kat zoo melaka, tp semua dah kepenatan.. kami pun balik ke umah..esoknya Isnin aku kerja, baik aku balik awal n rest kat umah..penat sungguh kat melaka tu, hari pun panas..penat manjat tangga kat kota A Famosa tu..
Semalam 18 Nov 2008 pula aku ke Colmar Tropicale, Bulit Tinggi Resort, Bentong, Pahang. Ade seminar dari pihak Microsoft pasal MLA. Aku p dgn programmer aku..tp disbbkan x dpt kete opis, maka my hubby jadi mangsa jadi driver kami ke sana..aku takut nak naik tinggi dgn kancil aku ni..takut tak larat. petangnya kami pun balik. Nak jadi kan citer, my hubby n aku pening sgt kepala..turun bukit dgn jln yg pusing2..kepala ni pun naik pusing juga..sampai kat KL, aku pula yg drive sbb my hubby dah x larat sgt2 dah..





